Tuesday 21 June 2011

keliru > mintak pendapat

Tengahari tadi sibuk kita masak kat dapoq tetiba enset bunyi, ingtkan nk ckp dgn mak kita, tp nk ckp dgn kita, rupanya mak cik kita tepon..dup dap dup dap kita, nk bg kita keja sambilan ka??jdik polis marin sambilan ka??haha..melesat smuanya..

mak cik kita tanya pendapat kita.. (lebih kurang mcm nie la pbualan kita dgn mak cik) ******** dapat tawaran blajaq kat *****, mak cik dah kata x payah tp bla bla bla..kita pon bg la pndpt kita yg x seberapa nie,  ..kita dah lalui semua tuh..kita tau betapa keliru dan dilema nya seorang anak nk pilih sesuatu yg terbaik untuk masa depan. 


petang plak, kita dapat kol dari pak cik, menyebabkan kita sayu dan terpikir betapa ibu bapak nie, maukn yg terbaik untuk anak2 . cuma kita ja yg x sedar selama nie, jadik pak cik kita pon plan la..supaya anak dia x tau bnda nih..kita x pnda sgt pon, cuma pk cik kita minta kongs pndapat..

10 mlm..pin pin pin..hon keta bunyi, wuarrrghhh ingtkn x jadik dah, rupanya pak cik kita jadik mai dgn anak dia (dlm hati tlepas tgk edisi khas hahha) kita pon p la jmpa pk cik dgn anak dia. kita wat mcm mana yg dirancang ler..kita pon melalut la cita pa pon x tau..hehe 

kita harap, pertemuan yg sekejap tue..dapt manfaat la..kita bantu sekadar mampu ja..yg lain smua dariNYA..



resipi: Puding karamel

assalamualaikum sahabat maya sekalian, alhamdulillah dapat buat/coba  satu lagi resipi baru, PUDING KARAMEL.resipi puding nie dapat dari net jugak la, terima kasih kpd pemilik resipi, puding nie jadik menu pencuci mulut waktu kita bukak posa..sedaapppp makan sejuk sejukkkk...yummmyyyyy

foto yang sempat di ambil..gumbira+berbunga jer hati kita bila tgk hasil puding nie..menjadi la jugak cobaan pertama kita..







dah potong ...
bestttt. bila tgk puding nie...puas.cobaan ku agak menjadi, nmpak kale golden karemel..hehe

Monday 20 June 2011

sedar diri

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Assalamualaikum sahabat maya sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia disamping orang tersayang.
AMARAN AWAL: tidak ada kaitan yang hidup mahupun yang mati.
sukar untuk mencari yang benar benar ikhlas. kalaupun ada, pasti ada niat yg tertentu (kita dah kena bnyk kali, mmg la $%$$ baik tp dia ******** kita).dah lama..tp stiap kali $%$$ kat kita, kita diam, kita pendam ja..)  walau di mulut manisss sungguh tp kita tau org tu ikhlas ataupun tidak, ataupun punya niat lain..(bukan bersangka buruk) tp realiti nya $%$$ selalu seperti itu.kita tau kita nie x dak apa apa. kita x macam $%$$...bukan cemburu..kita tau semua dah tertulis tp kita kesal la..dia suka ~~~~~~ dgn kita, mcm tu ker #######. biarlah semuanya menjadi ceritera kita.
pipit sama pipit enggang sama enggang ada benar pepatah tersebut. akn dijadikan peringatan selalu,kita nie jenis yang sedar diri, kita tau sapa kita.
niat kita bukan nk ngungkit..kutuk ker..ishhhh jauh sekali tp kta nk luah apa yg terlintas dibenak pikiran nie...

Saturday 18 June 2011

TAHNIAH.... ~Selamat Menempuhi Alam Perkahwinan~

                                                                                                                                                                                                      
ketika N3 nie ditaip, sahabat satu kampus sy sudah pun  bergelar isteri..Nor Hafizah Bt Yusof. tahniah kerana telah melangkah ke alam yg baru. nun jauh di Ipoh akad nikah berlangsung. maaf x dapat nk join kengkawan yg lain, tp sy masih gembira dan amat2 seronok bla fizah yg hepi go lucky sikap nya nih nk kawen.Mengenal fizah nie atau lebih mesra dgn panggilan PEAH hehe..sst yg menjadi kenangan abadi ketika sama2 berjuang di USM dulu..

lagu dan ucapan dlm blog nie menjadi pengganti diri:


NOR HAFIZAH YUSOF, ku ucapkan :


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.


SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT...

resipi: piza

Assalamualaikum sahabat maya sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia disamping orang tersayang.
hari nie sempat wat satu resipi kegemaran adik tersayang, entah camana tgh syok nonton tv tingat plak nk wat piza..bincang punya bincang sepakat nk bli sosej ja, lainnya pakai bahan2 yg dah da kat umah..maka terhasil lah piza yg ringkas dari sudut bahan bahannya tapi masih lg sedap..yummmyyy3
jadik x dak nasik la untuk hari nie, sbb kita mkn piza ja tghari nie..kenyaaaanggggg 5 biji piza berjaya dihasilkan..haha..
dah siap, sedia untuk ngapppppp.. :)
saya nk kongsi gambar2 yg sempat snap masa tgh wat piza..
sedia untuk di bakar

 

bahan- bahan (doh)
1 kg tepung gandum
1 pckt mauripan/yis segera
secubit garam dan gula

bahan-bahan  (inti)
bawang besar (tumis)
bawang putih (tumis)
rempah sup
sosej
ubi kentang
cheese
cendawan butang




Thursday 9 June 2011

Bercinta cara Islam

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.


Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. ". Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."



Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

kurma dan manfaatnya


Tidak salah lagi, kurma sudah pasti jadi makanan favorit khas Ramadhan. Sebagai makanan pembuka, kurma memang berada di urutan paling atas yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Tapi kita mungkin belum begitu mengetahui ada apa di sebalik buah kurma itu sebenarnya. Manfaat apa saja yang ada dalam buah kurma sehingga Rasul yang menganjurkan kurma sebagai salah satu menu buka puasa kita?

Sejarah kurma

Kurma berasal dari jazirah Arab (Timur Tengah), dan nama latinnya adalah Phoenix dactilyfera. Dinamakan begitu konon karena memang ada hubungannya dengan burung Phoenix yang bisa bereinkarnasi setiap kali ingin mati—Ini kepercayaan orang Mesir dan Yunani kuno.

Beberapa tahun ini, beberapa peneliti Israel mulai melirik untuk membudidayakan pohon kurma (seperti dilansir LiveScience.com). Israel menanam biji kurma yang usianya sampai 2000 tahun. Sampai sekarang, nih pohon baru setinggi 30 cm. Rencananya sih mereka bakal meneliti DNA pohon itu biar tahu bisa tidak pohon zaman purba memberikan manfaat buat kehidupan modern.

Manfaat kurma

Banyak manfaat kurma yang baru terkuak di zaman ini, khususnya buat kesehatan. Dari Salman ibn ‘Aamir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada, maka dengan air karena air itu bersih dan suci.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kenapa mesti kurma?
Jika kita berbuka puasa, organ pencernaan kita (khususnya lambung) butuh sesuatu yang lembut biar bisa bekerja lagi dengan baik. Jadi makanannya harus yang mudah dicerna dan juga mengandung gula dan air dalam satu makanan. Tidak ada makanan yang mengandung gula dan air yang lebih baik daripada yang disebutkan oleh hadits Rasul. Nutrisi makanan yang paling cepat bisa dicerna dan sampai ke darah itu adalah zat gula, terlebih makanan yang mengandung satu atawa dua zat gula (kalau tidak glukosa, ya sukrosa).

Nah, untuk hal ini kurma adalah makanan yang paling baik. Kurma mengandung zat gula yang tinggi yaitu antara 75-87% dan glukosanya sebanyak 55%, fructose (fraktosa) 45% lebih tinggi dari jumlah protein, minyak dan beberapa vitamin (seperti vitamin A, B2, B12), dan sejumlah zat penting laen kayak kalsium, phosphor, potassium, sulfur, sodium, magnesium, cobalt, seng (zinc), florin, nuhas (tembaga), salyolosa, dan sebagainya. Fraktosa bakal diubah jadi glukosa dengan cepat dan langsung diserap oleh organ pencernaan, lantas dikirim ke seluruh tubuh, khususnya ke organ-organ inti seperti otak, syaraf, sel darah merah, dan sel pembersih tulang.
Seperti yang kita ketahui, di ujung puasa kita setiap harinya, glukosa dan insulin dalam darah yang datang ke katup hati akan bergetar. Artinya proses buka puasa kita bakal meminimalisir pemakaian glukosa yang diambil dari organ hati dan sel-sel ujung (seperti otot-otot en sel syaraf) jadi sesuatu yang bisa menghilangkan setiap zat yang terkandung dalam gelokogen hati. Saat-saat seperti ini, organ-organ sangat bergantung untuk mendapatkan energi dari CO2 (karbondioksida) kimiawi dan oksida glukosa yang terbentuk dalam hati dari asam amino dan gleserol.

Jadi, melentur dan memanjangnya organ penyerap makanan jadi sangat berarti. Maksudnya, penyerapan glukosa yang cepat di dalam katup pembuluh darah vena di hati akan masuk ke dalam organ hati untuk pertama kalinya, kemudian masuk ke sel otak, organ pencernaan, otot-otot, dan seluruh jaringan tubuh yang laen. Makanya, zat gula itu makanan terbaik buat tubuh karena bisa menghentikan oksidasi karbon kimiawi, memangkas zat-zat berbahaya dalam tubuh, dan bisa meminimalisir lemahnya serta gemetarnya organ pencernaan. Cukup rumit ya?

Dr. Hissam Syamsi Basya dalam tulisannya menjelaskan berdasarkan penelitian biokimia, satu kurma yang kita makan itu mengandung air 20-24%, gula 70-75%, 2-3% protein, 8,5% serat, dab sedikit sekali kandungan lemak jenuhnya (lecithine). Lain lagi dengan kurma mengkel (atau Ruthab) yang mengandung 65-70% air, 24-58% zatgula, 1,2-2% protein, 2,5% serat, dan sedikit mengandung lemak jenuh. Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf en Dr. Ali Ahmad Syahhat pernah melakukan penelitian kimiawi dan fisiologi terhadap kurma, hasilnya? Menakjubkan! Cuba lihat:

1. Jika kita buka puasa dengan kurma ruthab atawa tamar, persentase kandungan zat gula kita akan naik, artinya bisa membantu mengilangkan penyakit anemia (kurang darah). Oya, ruthab itu artinya kurma yang mengkel, yang masih segar, dan juga matang di pohon. Nah, kalo tamar itu kurma matang kering yang banyak terdapat di Indonesia (misalnya yang banyak dijual di Pasar Tanah Abang, Jakarta).

2. Waktu lambung kosong karena tidak makan seharian, pas buka, lambung, akan lebih gampang mencerna dan menyerap makanan kecil yang mengandung gula, malah lebih cepat dan maksimal lagi.

3. Kandungan zat gula dalam ruthab dan tamar (tentunya dalam bentuk kimia sederhana) menjadikan proses pencernaan di lambung jadi sangat mudah, soalnya 2/3 zat gula yang ada dalam tamar dan ruthab bisa meningkatkan kadar gula dalam darah dalam waktu yang singkat.

4. Selain itu, kita juga tidak perlu minum banyak-banyak lagi sewaktu buka jika kita makan ruthab atau tamar, karena sudah mengandung air 65-70%?! Tetapi sangat tidak dilarang untuk minum pun.


Subhanallah. Tidak hairan jika Rasulullah menganjurkan kurma sebagai salah satu makanan pembuka puasa kita yang utama.

Wednesday 8 June 2011

bulan rejab

ALAHMDULILLAH..dah masuk bulan rejab, cepatnya masa berlalu..Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.

Fadhilat Rejab: Antara Realiti dan fantasi
Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya’ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala 

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejabsahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yg di hormati” ialah:
“Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab“[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?
Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat Rejab.
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
“Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath’i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha’if dan Mawdhu’, dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
“Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat RejabPuasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu”
b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada’, didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
“Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : ‘Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan’. “
Beliau memetik beberapa hadis da’if dan palsu, diantaranya ialah:

i.
“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu” – hadis ini Dha’if.

ii.
“Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan” – hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:”Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” – Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
“Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab.” – Itu adalah hadis Mawdhu’
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
“Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan  Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra’ dan Mi’raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui.”
2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
“tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab – “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg berlebih-lebihan….”
c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”. ! ! ! – riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandungpuasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”

4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasasunat adalah makruh[6].
Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif
Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]
a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.
b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.
c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasasebulan.
-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.
d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.
e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.
f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.
Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya’rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
“Bulan Muharam dari segi syara’ dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya’ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber’itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”

c. Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :
“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura’, sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.”

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya:
“Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya’ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali………
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.”

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid’ah, beliau telah menjawab [12]:
“Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal….Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber’iitiba’ dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya’ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya’ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salaf.
Puasa-Puasa sunat yg lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya’rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenaipuasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :”Puasayg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah”

Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):
“1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura’, disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya’ban atau dengan banyaknya. “
Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada’kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]
Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu’ (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya’rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah – Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya’ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura’ (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na’uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada ‘role model’ atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.
Rujukan :
1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.
2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al/! ! ! -islam.com/arb/Default.asp
3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline – Fadilat Rejab. URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline – kesahihan fadilat Rejab. URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308
5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline – Fadilat Rejab. URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil’alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:
7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya’rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A’lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.
9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.
10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ! ! ! ms 591.
11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a’la al-Mazaahibi Al-Arba’ah. Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448
12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline – Puasa Rejab. URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310
13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya’rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A’lam Al-Arabi, 2000. ms 415

14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.
WALLAHU A’LAM BISSOWAB
DISUSUN SEMULA OLEH :
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR
KUB MALAYSIA BERHAD
#avg_ls_inline_popup{position: absolute;z-index: 9999;padding: 0px 0px;margin-left: 0px;margin-top: 0px;overflow: hidden;word-wrap: break-word;color: black;font-size: 10px;text-align: left;line-height: 130%;}

#avg_ls_inline_popup{position: absolute;z-index: 9999;padding: 0px 0px;margin-left: 0px;margin-top: 0px;overflow: hidden;word-wrap: break-word;color: black;font-size: 10px;text-align: left;line-height: 130%;}

6 jun 2011 mendebarkan

Assalamualaikum sahabat maya sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia disamping orang tersayang
isnin 6 Jun 2011,
hari nie merupakan hari ulangtahun kelahiran adik tersayang yang ke 16 tahun, x sangka dah besaq rupanya adik saya yg seorang ini. pagi2 lagi dah bg ucapan selamat sempena hari ulang tahun, kebetulan hari nie kmi berpuasa sunat rejab jadi nk bagi hadiah x da bajet, apa yg termampu saya lakukan adalah dengan memasak juadah istimewa untuk berbuka..
hari dan tarikh nie jugak merupakan hari penting untuk mengetahui keputusan praktikum latihan mengajar  mesej hp bbunyi pg isnin, dari teman sekuliah cik farah, cik farah bg tau result dah bole cek hari nie..wuarrrggghhh ketaq2 tp kena cek jugak lau x, x tau la keputusan, sblm cek result sempat merayau cri resipi masakan dulu, tp dlm hati dup dap dup dap..ketaq nk cek result..akhirny cek jugak result, alhamdulillah ..tidak putus2 mengucapkan syukur padaNYA kerana memberikan yg terbaik, terbayang kembali detik2 menjadi guru praktikum di bumi high school, tau jer result teros antaq mesej ucapan terima kasih kpd pensyarah LM. tanpa nasihat dari pada beliau, x mngkn dapat tatap result sedemikian, TERIMA KASIH DR.
 

Monday 23 May 2011

ketibaan musim kahwin


 
Assalamualaikum sahabat maya sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia disamping orang tersayang.

Sempena kehadiran musim kahwin ini, saya ingin menjemput sahabat sekalian membaca beberapa artikel yang mungkin berkaitan dan boleh memberikan kita pengajaran. Di bawah ini saya senaraikan artikel-artikel tersebut:
Artikel-artikel bermanfaat sempena ketibaan musim kahwin 
1 - Sebab Apa Awak Kahwin:

http://bit.ly/jmuBEY

2 - Perkahwinan yang berkat lebih baik dari kekal sepanjang hayat.

http://bit.ly/kN1C7G

3 - Lelaki dan Wanita yang baik itu sebenarnya untuk siapa?

http://bit.ly/lV2YMC

4 - Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?

http://bit.ly/hexzgA

5- Hukum Bersanding Mengikut Pespektif Islam.

http://on.fb.me/iXjylf

6 - Ramai Wanita Melakukan Perbuatan Yang Dilaknat Allah Ketika Mahu Bersanding!

http://on.fb.me/mLqjTs

Semoga semua artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat membaca dan selamat pengatin baru kepada para pengantin dan bakal pengantin.

istimewa..STANZA KEHIDUPAN


  alhamdulillah,akhirnya terhasillah jugak blog    http://ismiatika.blogspot.com/.. walaupun tidak seberapa.lantaran saya begitu meminati dunia blogging, walaupun masih baru..bnyk benda lg nk kena blaja perkara itu membuatkan sy lebih teruja.

Tidak lain hanyalah dgn izin dan perkenan dari Allah swt.Mudah-mudahan setiap huruf yang dilakarkan dilihat oleh Allah sbg ibadah kpdNya.Mudah-mudahan dapat dikongsi bersama untuk manfaat bersama..